Daisypath - Anniversary

Saturday, February 11, 2012

Bersalin awal untuk suami tercinta.


Kes ni berlaku di Texas ...
Menangis aku bila baca berita ni ...
*dah la tengah dok dengar lagu sentimental*



Savannah Aulger terpaksa dilahirkan awal dua minggu oleh ibunya semata-mata bagi membolehkan bapanya, Mark, 52, yang sedang nazak akibat penyakit kanser dapat memangkunya buat kali terakhir sebelum dia menghembuskan nafas terakhir.
Namun pada 23 Januari lalu, selepas 18 bulan menjalani rawatan kimoterapi untuk kanser paru-parunya, Mark Aulger telah meninggal dunia di samping isteri dan lima anaknya termasuk si bongsu, Savannah.
Satu-satunya gambar yang boleh dilihat Savannah apabila dewasa kelak ialah sekeping foto yang menyedihkan di mana dia berada dalam dakapan bapanya selama 45 minit sebelum Mark koma dan tidak sedarkan diri.
Menurut ibunya, Diane Aulger, suaminya amat gembira selepas mengetahui dia mengandung dan sentiasa bercakap dengan bayi berkenaan ketika masih berada dalam kandungan.
Sebelum ini, Diane berkata, mereka menerima khabar gembira bahawa Mark berjaya mengatasi penyakit kansernya itu, namun pada 3 Januari lalu, keadaan berubah sebaliknya malah lelaki berkenaan terpaksa disuntik dengan steroid dan oksigen.
Keadaan Mark bertambah teruk pada 16 Januari lalu dan dia hanya diberikan tempoh seminggu untuk hidup.
“Kami tidak menyangka keadaan berubah menjadi teruk. Doktor bertanya kepada saya bilakah saya akan melahirkan anak, sekaligus membayangkan suami saya tidak akan dapat bertahan lama lagi,” katanya.
Pada hari Savannah dilahirkan, paras oksigen yang terpaksa dibekalkan kepada Mark dinaikkan namun dia masih sempat memangku bayi berkenaan.
“Mark tidak mampu bertahan lagi. Apabila Savannah menangis dia akan cuba memegang bayi ini,” katanya.
Diane berkata, biarpun Mark sudah tiada lagi, namun mereka tetap meneruskan kehidupan malah anak-anaknya sering bercerita mengenai bapanya ketika dia masih hidup.




Lots Of Love,
MizMaknae.

No comments: